Thursday, December 29, 2022

Houbi Scammer - Pengajaran Terbesar Tahun 2022

 Alkisah..post ini untuk pengajaran ya. Supaya tak terkena scam macam sis.😞

Aku ada la invest sedikit dalam kripto. Exchanger aku guna Luna dan Huobi. So, since kripto sendu, dan USD pun ada kenaikan sikit berbanding MYR, ingat nak cash out sikit dari aset Houbi. Dalam Houbi, kalau nak jual USDT, akan ada buyer dalam tu yang offer nak beli. Transaction biasanya straight forward dan terus masuk akaun. 

Untuk rekod, peristiwa ini berlaku pada 27 November 2022.

Nak dijadikan cerita, buyer ni bagitau dia dah bank in duit, siap bagi resit Maybank2u dari Singapore. Tapi bila cek dalam bank duit tak masuk lagi, aku tak de la nak tekan yang kita dah receive duit sehingga betul2 confirm duit masuk,kan? 

Di sini la bermula scammer buat kerja dia. 

Selepas beberapa jam, aku tak notify yang aku dah terima duit, dapat satu wassap dari satu nombor yang mengaku as Huobi Ombudsman. Nak selesaikan pertikaian antara buyer and seller katanya.

Malas nak taip banyak2, ini aku sertakan screen shot.






















Sampai la ke sudah duit aku tak masuk2 akaun ya. Huhuhu.😢

Sebab apa aku macam percaya je kat scammer ni? 

Pertama sebab aku naive. Tak expert sangat hal ehwal Houbi ni.

Kedua, sebab scammer ni convincing dan tak pushy. Faham tak? Gaya memang nak membantu menyelesaikan pertikaian. Mati2 la sis tertipu..

Korang bayangkan, sampai dah balik kerja pun, aku masih semak akaun, duit tak masuk2. Sampai nak tidur malam tu, baru realize yang aku dah kena scam.😞

So, esoknya aku mengadu dengan team member yang sama2 invest in kripto. Atas desakan dia, buat report polis untuk polis investigate.


Ini unit PDRM yang incharge berkenaan dengan scam kripto




So, ini adalah request dari polis untuk Houbi bekerjasama dalam siasatan.
Pegawai Penyiasat maklumkan, exchanger macam Houbi tak tertakluk pada mana2 undang2 untuk provide apa yang pihak polis mintak. So, susah sikit la. Lagipun, Houbi memang tak berdaftar dengan SC dan Bank Negara pun. Tak macam Luno.

After all, aku memang takde berharap sangat duit tu akan dapat balik. Kalau dapat, aku buat kenduri kambing wei😚..USD1.9k kot burn kat scammer.

Tapi ini adalah harga yang aku kena bayar la atas kenaifan aku sendiri.

Hopefully, takde sapa2 dah yang kena scam macam aku ya. Dan aku sumpah scammer tu dapat hidayah Allah, bertaubat dan menjadi daie hebat. Itu je doa aku.

Jamuan Birthday Aisyah ke 6 tahun


Syukur Alhamdulillah dah 6 tahun Aisyah pada 16 Disember 2022 lepas. Kami buat jamuan makan sikit jemput family members je on 18th December (Ahad).

Meriah la sebab budak2 ramai. Lama pulak tu tak berkumpul macam ni.


Aisyah yang pilih kek dia. Nak unicorn atau rainbow. Ok lah, nak.

Si kecik Azizah yang beria tgk hadiah kakak dia. Aisyah request nak pencil case ada gambar mermaid.

Kusyuk Azizah meneliti ya

Strudle sedap. Tempah dari isteri imam masjid.

Cream puff sedap. Dari isteri imam masjid jugak.

Bibik buatkan hotdogs ayam dan daging

Tempah laksa dengan mak kawan Imaan. Sedap.

All in all, syukur sebab anak2 happy, majlis berjalan lancar. 

Pagi tu sempat lagi kami pergi menonton Mechamato di Midvalley. Jamuan mula jam 3.00 petang. So, banyak masa nak prepare, lagipun byk makanan tempah je.

Yang paling meriah, sebab lantik Mama Nyoh untuk incharge game untuk budak2. Ya Allah, gegak gempita rumah😄

Apa pun, alhamdulillah semua ok. Cuma ada insiden pagi tu, masa balik dari wayang, Hannah misplaced handphone dia..ntah mana dia letak..frust jugak la..tapi dah tak de rezeki..bising pun tak guna..ye tak?

Bersemut sekali sekala

Anak dah lima, nak dating berdua memang susah la sikit sekarang.

Tapi once in a while, moh la kita spend masa berdua. 

Biasanya keluar bersebab la..beli barang dapur ke, survey barang ke..jadi la..haha

2 hari lepas, handphone husband tetiba rosak. Water resistant malfunction. So, ke Huawei Service Centre kat Pavillion. Dah tahu sure lama ni, so kami pergi berdua je la..

Memang lama ya..dari jam 10.30 pagi hantar phone segala, jam 4.00 petang baru settle. Lewat sikit sebab lama tunggu nak buat keputusan sama ada nak bayar repair phone atau nak beli baru..sama je dua2 mahal..huhu

Sila jangan muntah ya..😂

Lunch kat KGB, saja try burger dia

Order set untuk orang lapar, gitu order kat kaunter

Sempat lelap 10 minit kat Huawei Centre, sebab dah kenyang

Ini masa bila ntah, kita letak untuk kenangan..gittuh

Kadang2 best bawak anak2 keluar, kadang2 bila melibatkan benda nak survey, nak belek2 branag, nak kena menunggu macam ni, better la keluar berdua je. Kalau tak, stress je lebih anak nak itu ini..last2 apa kerja pun tak settle. Tak gitu?

Friday, November 11, 2022

Kereta untuk ibu ayah

 

Kami adik beradik dah sepakat sejak dari tahun 2021 (time ni masih pandemik) untuk belikan ibu ayah kereta sebab kereta Proton Neo Amru tu dah uzur sangat dah untuk ayah bawak. Lagipun kereta tu manual. Kudrat orang tua, mana larat nak guna manual lagi.

So, sepakat punya sepakat, kami decide untuk belikan kereta Perodua Bezza yang baharu. Perbincangan ni kami buat secara video call dan melalui whatsapp group adik beradik. Sebabnya Amru dan Amiri masih di Australia, aku dan Mimi je kat Malaysia.

Bayar booking RM500 dalam bulan Januari 2022, kat outlet Perodua kat Penang. Punya la jenuh menunggu kereta. Seller cakap akan ada delay 2,3 bulan sebab ramai yang queue untuk dapatkan kereta jugak. Kami book Bezza 1.3 warna coklat.

Tapi last2 sampai bulan Oktober, seller cakap ada kereta yang orang cancel booking, tapi warna silver. Memandangkan dah lama sangat menunggu, kami sepakat terima je la kereta tu.

Kebetulan Mimi dan Fairuz akan berangkat menunaikan umrah pada 2 November, so ajak ibu ayah ke Penang untuk tolong jagakan anak2 Mimi sementara diorang takde.

Pada 27 Oktober 2022. bayaran semua dah settle (kami pakat2 adik beradik bayar cash terus), Mimi dan Fairuz gi amik kereta dan serahkan pada ibu ayah pada hari yang sama.


Kerja Mimi la ni..siap belikan reben besar letak atas kereta..hehe


Alhamdulillah..syukur sangat2 Allah bagi kami adik beradik berbakti pada ibu ayah.

Ibu dan ayah berkali2 call ucap terima kasih. Macam mimpi katanya dapat kereta baru..

Huwaaa..taip ni pun rasa sedih sayu..apalah sangat kereta tu berbanding apa yang ibu ayah dah korbankan pada kami dari kecik sampai kami semua besar macam ni..

Semoga Allah berikan keberkatan umur kepada kedua orang tua kami, kurniakan mereka kesihatan dan kebahagiaan..Amiinnn..

Thursday, July 14, 2022

07072022 Kejutan Hari lahir buat suami - delivery dari FloryGift Florist

Syukurnya hidup di zaman moden sekarang. Semuanya mudah. Aku buat surprise delivery pada husband untuk birthday dia pada 7 Julai 2022, order hand bouquet and a box of chocolate dari FloryGift Florist sehari sebelum..cun sampai ke tangan husband pada esoknya.




Sis bukan jenis romantik sangat pun..sekali sekala geli2 macam ni boleh la..hahah

Husband sebenarnya kena ke site di Hulu Langat on his birthday. Sis dah menggelabah sebab dah order surprise delivery. Karang sapa nak terima kat ofis dia bunga dan coklat tu? 

Sekali husband cakap, dia kena masuk meeting dulu pagi tu kat ofis. Lepas habis meeting, baru gerak ke site.

Terus laju2 wassap seller florist mintak awalkan delivery sebelum jam 12.00 tengahari..Alhamdulillah, seller pun accommodative sangat2. Selamatlah sampai delivery jam 11 pagi..


A day before, ofis husband buat surprise celebration untuk dia..Dapat baju batik, yang dia pakai terus untuk bergambar.



Baju batik yang sama jugak, bos dia suruh pakai on his birthday which is keesokan harinya..Menggelupur la basuh dan keringkan baju tu malam tu jugak..Pagi2 esoknya, iron dan pakai lagi..Haih, macam-macam...

Untuk rekod harga bunga dan coklat termasuk penghantaran tak sampai RM200. Kira ok la..dah tau servis ok, next time boleh order lagi..


Tuesday, July 12, 2022

Glorious December 2021

**Entry ni baru publish dah tengah tahun 2022..punya la lama throwbacknya..**


Glorious lah sangat ...sebab bercuti di Penang kaw2 dari 25 Disember 2021 sampailah membawak ke tahun baru, 1 Januari 2022.

Alhamdulillah, happy betul anak2 semua..setiap hari ada je aktiviti.

25.12.2021

Bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi, sampai jam 11 pagi lebih..smooth je perjalanan. Tak berhenti makan pun, bawak bekal roti2 je untuk anak2. Ingatkan nak brunch nasi kandar ke..sekali Cik Mimiey dah siapkan makan tengahari..apa lagi, surrrr...

26.12.2021

Jam 2.30 petang, kami ke kolam renang kat kelab golf kat Bertam. Tak ingat bayarannya. Budak dalam RM7 macam tu, dewasa RM11. Dewasa kalau tak mandi, RM3 je. Happy la budak2 dapat berkubang. Dah la cuaca petang tu panas berdenting. Berkilat kulit masing2.

27.12.2021

Pagi2 sebelum jam 8 pagi, kami bergerak ke Uzeer Puteh Campsite, Batu Kurau, Perak. Dalam jam 10 pagi dah sampai. Kami book 2 khemah besar yg muat 8 orang, tapi pihak camp bagi 3 khemah - 2 yang muat 5 orang, 1 yang muat 3 orang. Ok lah..Lagi pun dah siap2 pasang. Sampai terus bentang toto,campak beg je dalam tu. Selesai.

Area camp site bersih. Ada satu khemah terbuka utk duduk2 lepak. Kami set sebagai tempat masak. Letak tikar, rice cooker, kipas, extension untuk charger handphone (penting ya..haha), keropok2, jajan2, air masak semua. Toilet pun tak jauh, ada dua tandas duduk. Ada open shower jugak untuk bilas2 lepas mandi sungai. Fridge pun ada kalau nak tumpang letak barang2 basah macam ayam atau daging.

Anak2 macam biasa, nampak sungai, terus berzikir nak mandi.

Paksa semua makan nasi lemak dulu kenyang2. Then, baru gi bawak sungai. Sejuk dan nyaman.





Ada pengalaman Hani hampir lemas pada petang masa mandi kali kedua tu. Pengalaman tu membuatkan kami jadi lebih berhati2 dan anak2 pun tak de la terlebih excited. 

Malam pulak kami takde aktiviti apa2 sangat pun..Uwais mula nak demam, Fairuz dan Mimiey bawak gi klinik. Malam tu,  tido dalam khemas panas sikit..haha..semua dah biasa tido berhawa dingin..tapi sekali sekala expose benda2 susah kat anak2. Syukur ada kipas, kami hala terus masuk dalam khemah. Menjelang pagi, baru kesejukan masing2.







28.12.2021

Bangun pagi, settle breakfast, anak2 sambung mandi sungai. Kali ni dengan lebih berhati2 sebab semalam dah ada kejadian hampir lemas tu. Sesambil anak2 mandi, bibik dah kemas2, kumpul sampah2. Tengahari, kami gerak balik lepas solat Zohor.

Sampai Sungai Dua, dah buang sampah bagai, ingat nak singgah makan mana2..tapi anak2 dah ketiduran dah semua dalam kereta. Tak sampai hati nak kejut, so Fairuz dan Mimie gi singgah beli lunch, kami terus balik dan tunggu makanan kat rumah.







31 Disember 2021

Hari last sebelum kami pulang ke pangkal jalan, kami ke Laman Mandi di Sungai Petani. Kat belakang Hotel Seri Malaysia Sungai Petani je tempat nya. Bersih, kemudahan lengkap dan murah. Dekat dengan pasar pulak tu..senang cari makanan.








Kami berkampung di rumah Mimiey dalam seminggu jugak la..seronok betul anak2..(dan mak bapak pun..hahah)

Tuan rumah pun rajin melayan kami, bawak explore makan sana  sini..lagi la best..











Alhamdulillah syukur dengan peluang yang Allah berikan. Anak2 happy, dapat new experience lagi..InsyaAllah next time kita boleh repeat tempat lain pulak..